INTRO
Waktu mengerjakan solat Dhuha adalah satu jam setelah matahari terbit. Diriwayatkan dari Abu Zar, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Dua rakaat solat dhuha mencukupi sedekah untuk seluruh badan manusia"
CARA SOLAT SUNAT DHUHA
(sori,tulisan jawi xleh upload lak)
1. Niat Solat Dhuha:
Sahaja aku mengerjakan sembahyang sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta'ala
2. Bacaan pada rakaat pertama ialah surah Asy-Syams setelah membaca surah Al-Fatihah
3. Kemudian membaca surah Ad-Dhuha setelah bacaan Al-Fatihah pada rakaat kedua
5. Setelah selesai salam, baca doa seperti berikut:
"Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kemegahan (keagungan) ialah kemegahanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu, dan perlindungan itu perlindunganMu."
Fadilat Dhuha
Banyak hadis-hadis yang mengalakkan solat Dhuha dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat katanya:
1.
“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” (Abu Hurairah :Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
2.
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”
3.
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi).
4.
Daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas” (Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)
5.
No comments:
Post a Comment