nama2 Allah

beLoved readers

Monday, April 27, 2009

BISNES PLG BEST!LESS MODAL!BIG INCOME!!

BISNES??1 of solat sunat yg simple n sweet 4 us s students...y not guys..jz spend 5 mins 4 dis kind of Ibadah....LESS MODAL...n ganjaranny sngt besar doh...BIG INCOME...recess time pn sempat nk wt nei...jz a matter of 'nak wt ke xnk wt' je..jom kta sama2 amalkn yok!


INTRO

Waktu mengerjakan solat Dhuha adalah satu jam setelah matahari terbit. Diriwayatkan dari Abu Zar, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Dua rakaat solat dhuha mencukupi sedekah untuk seluruh badan manusia"

CARA SOLAT SUNAT DHUHA

(sori,tulisan jawi xleh upload lak)

1. Niat Solat Dhuha:

Sahaja aku mengerjakan sembahyang sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta'ala

2. Bacaan pada rakaat pertama ialah surah Asy-Syams setelah membaca surah Al-Fatihah

3. Kemudian membaca surah Ad-Dhuha setelah bacaan Al-Fatihah pada rakaat kedua

5. Setelah selesai salam, baca doa seperti berikut:

"Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kemegahan (keagungan) ialah kemegahanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu, dan perlindungan itu perlindunganMu."


Fadilat Dhuha

Banyak hadis-hadis yang mengalakkan solat Dhuha dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat katanya:
1.
“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” (Abu Hurairah :Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
2.
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”
3.
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi).
4.
Daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas” (Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

5.

Sabda Baginda yang diriwayatkan oleh Anas R.A.: "Bagi siapa yang melakukan solat Dhuha dengan membaca pd rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Qul huwAllahu ahad 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah yang Maha Besar."