nama2 Allah

beLoved readers

Friday, October 21, 2011

.rindu.rindu.rindu.



~my fav puding jagung~



.ok, puding jagung di atas xd kaitan dgn topik RINDU.
.back to bisnes.
.niat sebenar entry kali ni ialah nk bangkitkan rasa RINDU terhadap kekasih Allah SWT iaitu Rasulullah SAW.
.kagum sngt dgn RINDU n CINTA Baginda kt umat Baginda iaitu KITA SEMUA.
.pelik tp benar.
.Baginda sngt SYG n RINDU kita even xpernah kenal kita.
.peninggalan Baginda hanya 2; Al-Quran & Sunnah.
.penCINTA Baginda adalah mereka2 yg mngamalkn ajaran Baginda iaitu ISLAM berpaksikan Al-Quran & Sunnah.
.so mari muhasabah sejenak.
.apakah kita benar2 menCINTAi Baginda?




Tuesday, October 18, 2011

m-o-n-o-L-o-g-d-a-L-a-m-a-n

.

..

....

Q:

Kenapa aku kena wat amal ibadah a.k.a jd budak baik?

A:

Surah 51, ayat 56 [51:56]

Aku tidak menciptakan jin & manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu.

Q:

So aku jd baik sorg2 dh la.knapa aku nk kna sibuk2 jaga tepi kain org lain?

A:

[12:108]

Katakanlah (Muhammad), "Inilah jalanku, aku & org2 yg mengikutiku mengajak (kamu) kpd Allah dgn yakin, Mahasuci Allah, & aku tidak termasuk org2 musyrik."

Q:

Ok, fine, aku dh ajak sorg kwn aku jd baik.so that's it.aku dh termasuk pengikut Rasulullah.cukuplah tu.

A:

[21:107]

Dan Kami tidak mengutus engkau (Muhammad) melainkan utk (menjadi) rahmat bg seluruh alam.

Q:

tp Rasulullah kan dh xda.eh2, mksudnya kena sampaikn kt 'seluruh alam' a.k.a 'semua org' la tentang Islam???What??so nk kna wt mcm Rasulullah wt dlu r?dakwah, usrah n all that?ssh la.impossible.byk lg keja lain nk kna setel la.study lg.esaimen lg.keja lg.

A:

[9:38]

Wahai org2 beriman!Mengapa apabila dikatakn kpd kamu, "Berangkatlah (utk berperang) di jln Allah," kamu merasa berat & ingin tinggal di tempatmu?Apakah kamu lebih menyenangi kehidupan di dunia drpd kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dgn kehidupn) di akhirat hanyalah sedikit.

Q:

Tp aku x ready lg la.ilmu agama pn xcukup lg.lgpn,aku bkn baik sngt pn.diri sendiri pn x betul, mcm mn nk betulkn org lain.

A:

[62:2]

Dialah yg mengutus seorang rasul kpd kaum yg buta huruf dr kalangn mrk sendiri.....meskipun sebelumnya, mrk benar2 dlm kesesatan yg nyata.

[13:11]

...Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mrk mengubah keadaan diri mrk sendiri...

[65:2,3,4]

...Brg siapa bertaqwa kpd Allah nescaya Dia akn membukakn jln keluar baginya, ...mencukupkn (keperluannya), ...menjadikn kemudahan baginya dlm urusannya.

[47:7]

Wahai org2 beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu & meneguhkan kedudukanmu.

Q:

ok, aku dh taw n fhm.aku WAJIB smpaikn Islam kt org lain.tp mcm mana nk start ni?apa aku nk crita kt org?aku ni dh la cetek ilmu, mls nk membaca plus pemalu lak tu.

A:

jom la join usrah a.k.a 'bulatan gembira' >_<












nota kaki tangan:

lemme noe if anda masih mencari bulatan gembira..x0x0!


...

..

.

Friday, September 2, 2011

j0m kaaawwwwweeeeennnnnn!!!!!

"jom kawen utk cari redha Allah"
"drpd wat maksiat baik kita kawen"

tp betulkah kita dh ready nk kawen?jom muhasabah sejenak..

“Aku terima nikahnya dgn si dia binti si ayah dia dengan mas kahwinnya RM..”

Itu yang tersurat. Tersirat? ini dia,

“Aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, aku tanggung dan bkn lg ibu bapanya tanggung, & aku tanggung dosa bakal anak-anak aku. Kalau gagal, maka aku fasik, dayus & aku rela masuk neraka dan malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badan aku” ...[Q]

lelaki dan wanita, sama sama kita perbaiki diri :)

(anonymous, 2011)

duhai muslimin & muslimat yg nk kawen (smua org nk kawen!),
jom la rmai2 mempersiapkan diri dlm melayari bahtera rumah tangga sejajar dgn
"baitul muslim" (rumah org Islam)..

duhai muslimin,
bertegaslah kamu dlm membina keluarga atas tiang2 Islam yg kukuh..

duhai muslimat,
bantulah bakal suami ke arah menggapai syurgaNya..

Semoga Allah redha!peace no war~


Friday, August 12, 2011

sharing is caring..i really like this one article..parents out there, be warned, whether u like it or not, this might be the reality of teenagers these days..like seriously, it COULD happen dlm dunia hari ni..semoga semua pembaca beroleh manfaat..

heaps n heaps of credit to:-
http://sisi-kehidupan.blogspot.com/2011/04/maksaya-nak-nikah.html

Mak...saya nak nikah...

Beberapa tahun sebelum bernikah, saya mencari-cari kelebihan berkahwin awal supaya saya termotivasi untuk bernikah awal. Dan ditemui antara kelebihan berkahwin adalah ia menjaga kesucian diri dan hati. Memelihara pandangan dan kehormatan.

Ya, saya pun kemudiaannya berada di fasa yang sama dengan teman-teman, terdorong untuk bernikah untuk menjaga hati...(walaupun belum ada calonnya lagi).

Tapi saat ini, saya tidak memandang lagi semua itu sebagai KELEBIHAN berkahwin awal, tapi KEWAJIPAN dan KEUTAMAAN berkahwin awal.

“Susah sangat ke nak jaga hati…??”

“Kenapa tak sabar tunggu hingga habis belajar…??”

“ Tak payahlah selalu contact dengan lelaki tu kalau hati tak tenang..!??”

“Kan selalu ikut program agama, takkan boleh terjerumus maksiat….!??”

“Orang lain bercinta juga, tak lah sampai nak berzina…!??”

“Janganlah ikut sangat perasaan…”

Mungkin ini adalah antara dialog luahan-luahan mak ayah kita bila saatnya kita menyuarakan keinginan untuk bernikah di usia awal 20an.

Lantas kita merasakan ibu bapa tak memahami ‘situasi getir’ yang kita hadapi dalam era moden dunia tanpa sempadan.



Ya, memang ibu bapa kita kebanyakkannya tak faham..kerana kita juga tak berusaha untuk faham apa yang mereka faham.

Yang mak ayah kita faham, kita masuk universiti untuk belajar. Dan belajar. Dan belajar. Hingga dapat segulung ijazah. Kemudian dapat perkerjaan yang menjamin masa depan.

Kemudian berkongsi sedikit kesenangan dengan adik-adik dan famili. Kemudian, silakanlah merancang untuk pernikahan. Waktu itu, tenangnya hati mak ayah kerana kita telah ada pendapatan bulanan. Mungkin ada juga sedikit wang simpanan.

Mak ayah kita punya harapan dan perancangan sebegitu kepada anak-anak kerana MUNGKIN mereka membandingkan zaman pergaulan kita dengan situasi muda mudi zaman 70an dan 80an.

Sedangkan kita di ‘era depan’ 2010, 2011, 2012…

Kita tidak lagi di zaman public phone, perlu ada syiling yang cukup untuk meluah perasaan mencambah perasaan dengan ‘teman tapi mesra’ itu.

Kita tidak lagi di zaman mengutus surat menyatakan rindu sayang, jika bersurat, rasa rindu dan sayang hanya sampai kepada si dia setelah jiwa bergelora kita menjadi reda.

Komunikasi yang terbatas waktu dulu tidak memungkinkan perkenalan sebulan dua membawa kepada keinginan yang dasyat untuk berzina…!

Kita bukan di zaman perlu menunggu dan menaiki bas untuk keluar dating…

Kita bukan di zaman mengintai dari jauh buah hati yang sering diingat-ingatkan..

Namun, kita berada di zaman yang amat sukar kita tewaskan segala dugaan dan godaan, dengan lemahnya jiwa dan perasaan.

Mak ayah nampak macam kita menjaga pergaulan lelaki dan perempuan, namun hakikatnya saban waktu kita berdekatan lelaki dan perempuan, dengan terciptanya handphone, laptop etc di samping berkembang majunya cara berkomunikasi dan laman sosial.

Mula dengan saling berkenalan di alam kampus atau luar kampus, di alam maya atau alam nyata.

Ada handphone, boleh call dan sms berjam-jam melayan suka dan cinta yang mekar tumbuh di jiwa. Bila semakin rapat, boleh bermesra hingga menimbulkan keghairahan hanya melalui telefon..

"Abang.."

"Sayang.."

"Darling.."

"Muah muahss.."

Dari text "...dah makan, buat apa tu" kepada.. "....sayang tidur pakai apa.."

"nanti call kejutkan bangun tahajud ya.. abang nak dengar suara sayang.."

Perasaan orang muda bertali arus dengan gelora cinta, wahai ibu ayah, kami tidak ada kekuatan menepis semua ini...

Kalau smartphone, lebih canggih dugaannya untuk menjaga kesucian hati dari segala kemudahan bercinta terhidang depan mata, hanya di telapak tangan.

Dulu ada komputer hanya untuk menyiapkan tugasan dan kerja-kerja sebaiknya.

Kini ada laptop atau komputer peribadi dilengkapi internet yang menjadi wasilah penting untuk mempertaut hati.

Pilih saja broadband yang bagus atau streamyx.. YM, facebook, twitter dan segala jenis social network ini melajukan curahan perasaan hingga tak mampu dikawal.

Curahan perasaan lambat laun membawa kepada bertukar-tukar gambar sendiri tanpa pakaian atau minima sekali… Gambar-gambar kaku kemudiannya dipanjangkan pada video sebenar…

Mak ayah mungkin tak faham dengan kewujudan video calls yang membolehkan bercinta bukan dengan hanya dengan pujuk rayu mesra, malah ada kebebasan untuk mempamerkan keindahan fizikal.

Dengan web cam yang jelas gambar dan cantik skrinnya, sendirian di bilik rumah sewa dan asrama masing-masing, siapa yang melarang untuk tidak membuka tubuh pada kekasih seperti malam pertama suami isteri..?

Tidak perlu menunggu bas untuk dating, si dia yang punya kereta bersedia mengambil dan menghantar… Di jalan-jalan sunyi, siapa yang kuat untuk tidak ringan-ringan sewaktu cinta kasih meluap-luap memenuhi perasaan…?

Jika di taman-taman dan kawasan peranginan jua jeram tak ada privasi bercumbu-cumbuan, siapa yang melarang untuk check-in di budget hotel RM9.90 semalam yang makin banyak di sekeliling tempat belajar dan tempat kerja kalian..

Mak dan ayah, kalaupun kami tak berpacaran, di jalanan banyak perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang hingga jiwa kami menjadi resah gelisah.. (ya, ia kesalahan kami tidak merendahkan pandangan)..

Mak dan ayah, kami tidak mahu terlibat dengan pacaran, namun teman-teman sekeliling banyaknya yang dah 'berdua', kami teringin juga sepertinya..

Mak dan ayah, inilah zaman yang kami berada di dalamnya. Tidaklah kami sekadar menyalahkan zaman, namun kami mencari alternatif menguatkan jiwa dan perasaan.

Kami ingin bernikah, bantulah kami menjaga sekeping iman dan akhlak yang makin hilang dengan segala kecanggihan hidup yang datang…

Kami ingin bernikah, bantulah kami berumahtangga agar pengajian berjaya diteruskan dan rumahtangga dipelihara dengan matang.

ALLAH berfirman, “…jangan dekati zina…” namun ke manapun kami berpusing, kami seolah-olah terlalu dekat dengan zina..

Kami akui kelemahan kami, kami akui kesilapan kami, bantulah kami mencari kehidupan yang suci dan tenang.. Bantulah kami untuk terus di atas jalan kebaikan.

P/S: walau apa pun, jgn gatai nk kawin ja..mslh(dosa) xkn selesai dgn sngt mudah..malah mungkin akan bertambah n btimbun..silalah be fully prepared of life after marriage..it's x that simple..igt x kisah Israk Mikraj?most of penghuni neraka adalah ISTERI yg blablablabla(sila cari sniri) n SUAMI yg blablablabla(sila cari sniri)..so, moral of the story, b4 decide something, pkiaq btoi2..then tawakal kt Allah..peace no war!


Wednesday, June 15, 2011

dapurku kmbali berASAP...yeay!!

presenting.....blakcurrant muffin~~

1st attempt, menjadik n not bad la..but stil, merekah gk sket..

not bad la kn?kn?kn? =p

happy 24th birthday pokcik sayam!
~~luv u extra vaganza~~

Saturday, May 21, 2011

Who am I?


Once again, I couldnt help myself frm being off task in completg d ASSignments. Yup, as a teacher-to-be, I really need to work on my spelling. So, from now onwards, let's spell words correctly and of course, nicely. First of all, I would like to congratulate my mum with a big, fat hug for her infinity love and effort to raise a cute, little me till who am I right now. You are the most wonderful best friend I ever had.
<3 heart u mum <3

Honestly, somehow I feel like blaming myself for ruining her tremendous effort in building up a strong basis of Islam in my life. Definitely, it's all rooted from me, my-so-called-stupid-self. Even my own self could hardly accept the fact that "I am not who I was", how on earth could you forgive me, my dear mum? I am glad to be at this state-of-reflecting-on-my-wrong-doings.
Don't you? Thank you Allah, it's our pleasure to seek for Your forgiveness. Dear beloved readers, from this moment, let us be thankful to the one and only, almighty creator, Allah SWT, for giving us the opportunity to keep breathing regardless how sinful we are. Alhamdulillah. Remember guys, Allah will not change who we are if ourselves don't bother to put an effort in changing it. So, we ARE the agent of change of our own miserable life. May Allah bless us.


^_^



Monday, February 21, 2011

.:: keBAHAGIAan dlm perPISAHan ::.

[14 Nov 2010]
*perPISAHan:
say goodbye to Brisbane bumi kangaroo.
went back to Malaysia tanah tumpahnya darahku.
*keBAHAGIAan:
great moment with Malaysian peeps (family, love, friends).and automatically terselamat dari bencana alam di Brisbane.thank you Allah.

[16 Dis 2010]
*perPISAHan:
tinggalkan Malaysia.was on a family vacation to Hat Yai.
*keBAHAGIAan:
spent a wonderful moment with family.get experience naik train from SP-Pdg Bsr-Hat Yai.what's more, it's a shopping trip! =) .thank you Allah.

[09 Jan 2010]
*perPISAHan:
left SP for few days.balik kampung temankan wan and tok.wan jatuh motor.4 bilah tulang rusuknya patah.so he really needs someone to assist him with his meals as well as medication thingy.
*keBAHAGIAan:
get the chances to meet orang-orang kampung and saudara mara dari jauh yang datang melawat wan. had a great time chit-chatting and gossiping with tok and tok teh in the kitchen. lots of yummy-licious food and drinks.(kari ikan, siput tak-tahu-nama, bubur assyura, jus markisa, fresh oren, etc.) thank you Allah.

[09 Feb 2011]
*perPISAHan:
beloved daddy Shah kembali padaNya (Al-Fatihah).
Ya Allah, tempatkanlah arwah dikalangan hambaMu yang beriman.
*keBAHAGIAan:
berpeluang jumpa mummy Na setelah hampir 10 years xjumpa. sempat temankan arwah kt hospital sg buloh sehinggalah saat beliau dibacakan talkin.relieved,even xsempat jumpa arwah before beliau strok. thank you Allah.

[12 Feb 2011]
*perPISAHan:
say sayonara to home sweet home and everyone in Malaysia.went back to Brisbane.
*keBAHAGIAan:
more and more Malaysian in Brisbane (juniors). moved in a new house which is so cute and...purple! (^_^) thank you Allah.


p/s:
every cloud has a silver lining.proven.crystal clear.
so peeps, please be grateful.
THANK YOU ALLAH!!